Huraikan Faedah Memberi Sumbangan Kepada Negara-Negara Di Dunia Yang Ditimpa Bencana

Soalan :

Bencana alam sering berlaku di serata dunia. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam.

Huraikan faedah memberi sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.

…………………………………………………………………………………

TUGASAN     : Calon dapat menghurai faedah memberi sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.

Format          :  Tiada

…………………………………………………………………………………

Cadangan Isi :

  1. Dapat meringankan beban

Kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan – dengan bantuan yang diberikan mangsa dapat hidup sempurna seperti kita

  1. Membantu atas dasar kemanusiaan dapat memberi keinsafan

Perlu bersyukur dengan segala keselesaan – telah terselamat daripada bencana alam ini – mencari mangsa-mangsa yang tertimbus atau hilang – pasukan sukarela atau badan-badan bukan kerajaan turut memberikan bantuan – pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa

  1. Memastikan lebih banyak nyawa mampu diselamatkan

Pelbagai jenis penyakit akan merebak selepas bencana alam – bekalan air bersih akan terjejas – keadaan persekitaran akan kotor dan tercemar – doktor-doktor pakar dihantar untuk memberi rawatan terbaik kepada mangsa-mangsa bencana dan mendirikan pusar rawatan atau hospital sementara

  1. Dapat memberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan

Bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam – mereka menjadi trauma- Sokongan yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban – dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.

  1. Membantu menggerakkan sektor ekonomi yang lumpuh semula

Bantuan membina prasarana dan infrastruktur yang rosak semula – sekolah, hospital, klinik, jalan raya – Kerajaan menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama ahli perniagaan tempatan untuk menghidupkan semula aktiviti ekonomi yang sudah lumpuh di kawasan bencana itu – memastikan masa depan penduduk terbabit bertambah baik.

…………………………………………………………………………………

Ungkapan Menarik :

  1. enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
  2. buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
  3. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
  4. muafakat membawa berkat
  5. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
  6. cubit paha kiri, paha kanan sakit juga
  7. ibarat hulurkan tangan, ringankan beban

…………………………………………………………………………………

Posted in Karangan | Leave a comment

Cara-Cara Untuk Menjaga Kesihatan Diri Demi Kesejahteraan Hidup

Soalan 

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup.

………………………………………………………………………….

TUGASAN    : Calon dapat memberi penjelasan berkaitan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup

Format          : Tiada

………………………………………………………………………….

Cadangan Isi :

Isi 1 : Saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal –fizikal yang cergas menjaminkan mental yang cerdas serta emosi yang stabil –perlu menjauhi aktiviti yang tidak sihat seperti berlepak, berjaga malam –membendung emosi daripada mengalami tekanan dan kemurungan –emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan mental.

Isi 2: Saya perlu teliti tentang cara pemakanan yang sihat –pemakanan menjadi terminologi utama yang menentukan asas kesihatan –peka terhadap piramid makanan –pengambilan makanan yang berzat dan bukan mengambil makanan yang mengikut sedap –mengurangkan makanan bergula dan berlemak yang menjadi punca obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Isi 3: Saya harus mementingkan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual –riadah sebagai asbab menjaga pertumbuhan fizikal yang sihat –menyusun jadual yang terancang untuk berehat, beriadah, bersosial dan tidur.

Isi 4: Saya harus bijak bersosial dan berkawan –bersosial boleh meluaskan kontaks silaturahim, menjalinkan semangat setia kawan dan menstabilkan emosi –emosi yang stabil akan mempengaruhi minda yang waras serta mengawal tindakan yang bijaksana –perlu memilih kawan yang boleh menunjukkan jalan kebenaran kerana salah pilih terjadi kawan makan kawan

Isi 5: Saya hendaklah mendekati Allah –Allah Tuhan pencipta seluruh makhluk dan isi alam –Allah menguruskan jalan hidup manusia dan isi alam dengan sunnah-Nya –hendaklah patuh kepada ajaran agama seperti bersolat dan sebagainya –insan yang sentiasa patuh kepada ajaran Tuhan akan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat

………………………………………………………………………….

Ungkapan Menarik :

– Hadis Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit

– di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

– nasi sudah menjadi bubur

– jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika  berkawan  dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya

– seseorang  yang  gagal  merancang sebenarnya dia  telah  merancang  untuk  gagal

………………………………………………………………………….

Posted in Karangan | Leave a comment

Sample Question + Answer (2)

QUESTION 2: WRITE ABOUT ONE CHARACTER IN THE NOVEL YOU HAVE STUDIED WHO FINDS A NEW IDENTITY. WITH CLOSE REFERENCE TO THE TEXT, HOW DOES HIS/HER IDENTITY CHANGE HER LIFE?

Based on the novel Captain Nobody by Dean Pitchford, I have learned that everybody has his own identity. Having an identity is very essential to create a great personality. From this novel, there is a character who manages to find a new great identity that totally changes his life. The character I am referring to is Newton Newman, who is also known as Newt and Captain Nobody in this interesting novel.

Newt is an invisible and an introvert. However, he changes into a boy with a high confidence level after he becomes Captain Nobody. He is once considered as a boy who is overshadowed by his famous brother, Chris Newman. His confidence can be seen when he is being summoned by his best friend, JJ. JJ asks a huge favour from Captain Nobody, which is to correct the mistakes on the sign boards in the Sullivan’s store. As a ten-year-old boy, correcting mistakes made by adults needs a very high confidence level. As Captain Nobody is very confident, he calmly walks into the store after being convinced by JJ that the job is meant for him. Normally a ten-year-old boy will flee and never bothers about the errors as he is lacking of confidence and afraid that they will be blamed for interrupting an adult’s affair. From my perspective, although we are young, we still have the right to tell anyone about their own mistakes as long as we have the confidence in ourselves. So, in our daily life, we must be confident in doing things as long as the things would not bring us harm and negative effects and never think we was overshadowed. This event really shows that after being Captain Nobody, Newt has managed to search for his once lost characteristic which is being brave. Therefore, it is not wrong to say that he has found a new identity. [O:Opinion J: Justify]

Next, Newt transforms into a brave person. From an acrophobic, Newton Newman manages to overcome his fear of height. As we know, phobia is a fear or trauma that is created in our mind and it takes a lot of courage for us to overcome it. Nevertheless, Newt overcomes his fear when he becomes Captain Nobody and he fulfills his friend, Cecil’s dream to get a big bass drum from the Dumpster as Cecil himself is afraid of slimmy bags. This event starts when Cecil summons him through the walkie talkie, he straight away dashes to the meeting place and Cecil is waiting there with a red wagon as he is determined to bring the big bass drum home. At first, Captain Nobody hesitates to climb the dumpster. He gathers all his courage after Cecil insists that the job is meant for Captain Nobody. When he reaches the top of the dumpster, he looks down and panics as he is afraid of heights. But, he reminds himself that he is Captain Nobody and it calms him down. He continues to grab the drum and passes it to Cecil’s waiting hand and fulfills Cecil’s greatest dream. In my opinion, overcoming a phobia is a big war between us and ourselves. The mind plays an enormous role to make sure that we would not lose in the inner war. Therefore, as Newt is all about to help his friend, he also wins the war between himself in overcoming his fear of heights. This really shows how Newton Newman has gained a new identity by becoming Captain Nobody. [O: Opinion J: Justify]

In a nutshell, being a new person needs us to sacrifice a lot. We must overcome our fears in order to be brave and throw the hesitation away in becoming confident. Having a new identity could spark other people to succeed. If we continue to live life without improving ourselves, how are we going to be like Newt who turns himself from zero to hero? Therefore, we must get a new identity that could change our life for the better.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sample Question + Answer (1)

QUESTION 1: “WE MUST HAVE COURAGE TO ACHIEVE OUR GOALS IN LIFE”. WITH CLOSE REFERENCE TO THE TEXT, HOW FAR IS THIS TRUE OF THE NOVEL YOU HAVE READ?

Based on the novel Captain Nobody written by Dean Pitchford that I have studied, the story is about a kid named Newton Newman who is going through many difficulties and challenges in order to be accepted in the society. In the novel, Newton Newman’s wants to be known by people. Throughout his journey to transform from the unknown, he showcases his courage in a variety of situations.

Firstly, Newt climbs the dumpster to get the drum for his best friend, Cecil. At first, Newt suggests Cecil to be the one who should climb the dumpster but after Cecil makes it clear that the job is meant for the fearless Captain Nobody, Newt changes his mind. Even though he has fear of heights, he courageously overcomes his fear to fulfill his best friend’s dream. Although in the beginning he hesitates when he sees how high he is, he still pushes himself nonetheless for the sake of his friend’s dream. At the end of day, Newt succeeds in getting the big bass drum for Cecil. Although Newt was still unknown during this time, but this is the event that first sparked his courage. In my opinion, no matter what kind of challenges may come, we must face it with courage. If I were him, I will definitely do the same just to overcome my fear in order to help people. [P: Personalise J: Justify]

Next, Newt showcases his courage by saving Ferocious the Ferret when it accidentally escapes from its cage. Ferocious runs wildly, so Newt and his friends are chasing after it. They chase after Ferocious until they reach the highway. Ferocious bolts into the middle of the highway and stops. Nobody is brave enough to go after it anymore. With full courage, Newt steps up to the challenge and dashes towards Ferocious to stop the traffic just to save Ferocious, despite risking his own life. Drivers are furious due to the stoppage caused by Newt. Suddenly, an airplane lands on the highway due to an emergency. This causes Newt’s brave actions to hit the headlines, although people still did not know who he was. In my opinion, if we are really determined to do something, we will have the courage to help us in achieving our goals. In this case, his goal is to spend a night with Ferocious, the team mascot. Newt has to ensure that nothing bad happens to the ferret. It is clear how his courage in enduring all the challenges to keep the ferret safe has helped him to achieve his goal. [P: Personalise J: Justify]

Lastly, Newton Newman climbs up the Appleton Water Tower to save Reggie Ratner. Actually, Reggie Ratner climbs the water tower to spray paint on the water tank but people assume that he wants to commit suicide because he has grown increasingly depressed as people are blaming him for the Big Tackle incident. Newt is afraid of heights but as Captain Nobody, he climbs the rickety ladder courageously. When he looks at it fluttering down, he is terrified and wants to climb down. But thinking of Reggie Ratner alone and desperate, he climbs to the top of the tower to help him. When he reaches the top, he manages to slither his way to reach Reggie Ratner despite the other challenges that he has to face. In the end, Newt’s dream of being somebody known is finally fulfilled when his brave action is once again showcased in the news, this time, everyone knows his name. In my opinion, for a ten-year-old, his decision to climb the Appleton Water Tower, the tallest structure in town to save Reggie Ratner is very bold and extraordinary. This event explains the importance of courage and bravery in achieving our goals in life.

[O: Opinion J: Justify]

In a nutshell, it is undeniable that we need courage to achieve our goals in life. I have learned that it is important to be courageous to reach our dreams. In addition, we can use our courage to help others who are in need, just like what Newton Newman did. He inspires me to be a better person in life and more helpful to others.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Latar Tempat

Soalan Peperiksaan :

Skema Jawapan :

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sinopsis Bab 4, 5, 6 (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Sinopsis Bab 4, 5, 6 (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis Bab 4

Koperasi berjalan seperti biasa tetapi Munir, Silvam, dan Leong tidak hadir untuk bertugas sedangkan hari itu giliran mereka bertugas. Ramlah, Harun, dan Saridevi menggantikan tempat mereka bagi melayani pembeli-pembeli yang datang. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai koperasi untuk meninjau perjalanan kedai koperasi pada pagi itu. Swee Lan segera mengadukan perkara tersebut kepada Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli berkata dia akan mencuba untuk menasihati mereka. Kemudian, Razali memberikan senarai barang-barang yang sudah habis.

Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan. Swee Lan mencadangkan kepada Cikgu Zulkifli supaya membeli barang-barang di kedai ayahnya kerana di kedai lama, mahal harga barangnya. Cikgu Zulkifli bersetuju dengan cadangan Swee Lan. Razali bertanya tentang tempat untuk membeli akhbar, majalah, dan buku-buku. Menurut Cikgu Zulkifli, buku-buku sudah ada di perpustakaan. Mereka hanya perlu membeli akhbar dan majalah. Cikgu Zulkifli juga sudah berunding dengan sebuah kedai buku di bandar Kangar.

Petang itu, mereka menaiki van sekolah untuk membeli barang-barang di Kedai Aik, kedai ayah Swee Lan. Selepas itu, mereka ke kedai buku Indera Store untuk membeli bahan bacaan untuk bilik bacaan yang diusulkan oleh mereka dalam mesyuarat yang lalu. Mereka memujuk Encik Aziz, tuan punya Indera Store, supaya memberikan harga yang rendah kepada mereka. Encik Aziz setuju dan berharap agar mereka dapat belajar untuk berniaga dengan bersungguh-sungguh.

Sinopsis Bab 5

Munir, Silvam, dan Leong sedang menunggu Ramlah, Saridevi, dan Swee Lan. Apabila tiga orang gadis itu keluar dari koperasi, Munir memberanikan diri menegur mereka. Ramlah menegur mereka dengan baik dan mencadangkan agar Munir dan rakan-rakannya membantu ahli-ahli lembaga pengarah mengemaskan barang.

Tujuan Munir, Silvam, dan Leong hendak bertemu dengan mereka adalah untuk mengajak mereka menonton filem bersama-sama. Ramlah, Saridevi, dan Swee Lan menolak tawaran mereka kerana sudah merancang untuk mengulang kaji pelajaran di rumah Saridevi. Munir bersangka buruk dengan kejujuran mereka dengan menuduh mereka akan belajar di rumah Razali. Tiga gadis tersebut memarahi Munir kerana bersangka buruk terhadap Razali. Mereka berlalu dari situ.

Keesokannya, pada waktu tengah hari, Ramlah dan Razali bertugas di kedai koperasi. Mereka sedang menyusun dan mengatur barang-barang. Pada masa itu, Munir, Silvam, dan Leong masuk ke kedai koperasi. Munir mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan surat kepada Ramlah. Ramlah tidak mahu menerimanya. Razali menegur Munir tentang tingkah lakunya tetapi Munir pula memarahinya kerana dikatakan sentiasa berkepit dengan Ramlah.

Munir segera keluar dari koperasi bersama Silvam dan Leong. Mereka bertembung dengan Cikgu Zulkifli semasa hendak keluar dari kedai koperasi. Mereka terus beredar dari situ. Cikgu Zulkifli bertanyakan Ramlah dan Razali tentang kekecohan yang berlaku. Ramlah menerangkan masalah tersebut kepada Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli hanya menggeleng dan menenangkan hati mereka dengan mengatakan dia akan memanggil mereka bertiga.

Cikgu Zulkifli meminta ahli-ahli lembaga pengarah untuk membersihkan tempat pemeliharaan ayam dan bilik bacaan kerana Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah Malaysia akan datang melawat ke sekolah mereka pada minggu hadapan.

Sinopsis Bab 6

Ahli lembaga pengarah sedang sibuk membersihkan tempat pemeliharaan ayam dan bilik bacaan yang ditubuhkan oleh pihak koperasi. Semua tugasan yang diberikan dilakukan oleh mereka dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, Cikgu Zulkifli masuk untuk meninjau situasi di bilik bacaan. Beliau berpuas hati kerana dapat merealisasikan harapan pihak koperasi untuk menubuhkan bilik bacaan.

Cikgu Zulkifli mencari Munir. Silvam memberitahu Cikgu Zulkifli bahawa Munir sedang bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli ke padang dan mendapati Munir dibuang padang kerana bermain kasar. Cikgu Zulkifli menasihtai Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lemabga pengarah koperasi sekolah. Munir juga dinasihatkan supaya tidak memberikan surat kepada Ramlah. Munir berjanji kepada Cikgu Zulkifli bahawa dia tidak akan melakukannya lagi. Cikgu Zulkifli mengajak Munir ke tempat pemeliharaan ayam. Mereka berjalan bersama-sama ke sana.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Sinopsis Bab 1, 2, 3 (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Sinopsis Bab 1, 2, 3 (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis Bab 1

Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada hari itu, Harun, Swee Lan, dan Saridevi yang merupakan ahli lembaga pengarah koperasi bersama-sama pembantu koperasi bertugas melayani para pembeli. Harun terlihat seorang murid lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen. Dia menegur murid tersebut dengan baik. Murid itu mengeluarkan wang untuk membayar harga pen yang diambilnya. Harun menegur murid itu lagi dengan menyatakan bahawa kedai ini kepunyaan bersama seperti cogan kata “Satu untuk Semua dan Semua untuk Satu”.

Harun bersungut dengan mengatakan bahawa kedai itu akan bankrap jika murid-murid lain turut melakukan perbuatan yang sama. Saridevi menambah sebagai jurujual, mereka seharusnya mengawasi tindak-tanduk pembeli. Norlela, selaku pembantu kedai menenangkan mereka. Dia menyatakan bahawa tidak semua murid yang bersikap sedemikian.

Cikgu Zulkifli datang ke koperasi untuk menyerahkan surat berkenaan dengan mesyuarat yang akan diadakan pada petang nanti. Cikgu Zulkifli menyatakan bahawa mereka mesti ke mesyuarat tersebut kerana mereka ialah ahli lembaga pengarah. Norlela juga turut diundang dalam mesyuarat pada petang itu.

Setelah loceng pertama dibunyikan, Harun, Swee Lan, dan Saridevi mengemaskan barang-barang koperasi sebelum keluar beratur mengikut tingkatan masing-masing.

Sinopsis Bab 2 

Petang itu, Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama telah diadakan. Sebelas orang murid dan empat orang guru dilantik menjadi ahli lembaga pengarah. Mesyuarat dimulakan setelah pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi, iaitu Encik Sulaiman tiba. Cikgu Syamsudin memulakan ucapan. Cikgu Syamsudin mengucapkan tahniah kepada murid-murid dan guru-guru yang terpilih sebagai ahli lembaga pengarah.

Cikgu Syamsudin meneruskan ucapan dengan menerangkan tujuan penubuhan koperasi sekolah. Antara tujuan penubuhan koperasi sekolah termasukkah menggalakkan sikap berjimat dan menolong diri sendiri antara ahli, memberikan kemudahan kepada murud-murid sekolah, dan menyediakan dan menjual alat kelengkapan persekolahan. Cikgu Syamsudin juga menasihati ahli-ahli lembaga pengarah agar mengikuti dan mematuhi tujuan dan dasar koperasi supaya koperasi sekolah akan terus maju dan mencapai matlamatnya.

Tuan Pengerusi kemudiannya mempersilakan Cikgu Zulkifli untuk membentangkan minit mesyuarat ahli jawatankuasa yang lalu. Menurut beliau, tidak ada apa-apa pindaan pada minit mesyuarat tersebut. Kemudian, beliau meneruskan agenda seterusnya, iaitu “Perkara Berbangkit”. Namun begitu, tidak ada juga perkara yang ingin dibangkitkan oleh ahli-ahli.

Tuan Pengerusi mengemukakan agenda keempat, iaitu Membincangkan Usul-usul. Cikgu Syamsudin meminta Setiausaha mengemukakan usul-usul yang telah diputuskan pada mesyuarat agung yang lalu. Antara usul tersebut ialah koperasi hendak berusaha menternak ayam telur, menjual barangan makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan, dan buku-buku, dan koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan.

Cikgu Robeah bersetuju melaksanakan semua usul tersebut memandangkan modal yang terkumpul sudah mencukupi. Ramlah yang merupakan ahli lembaga pengarah baharu menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Cikgu Robeah. Encik Sulaiman dipersilakan untuk memberikan pendapat. Menurut beliau, usul-usul yang dikemukakan baik. Pihak Jabatan Pembangunan Koperasi juga sedia bekerjasama serta mengawasi perjalanan koperasi sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Kebanyakan ahli lembaga pengarah berpuas hati terhadap keputusan dalam mesyuarat itu. Hanya beberapa orang ahli lembaga pengarah yang kurang berpuas hati.

Sinopsis Bab 3

Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga penagrah koperasi sekolah. Dia menyatakan perasaan tidak puas hatinya kerana dia tidak terpilih sebagai penolong setiausaha kepada Silvam dan Leong. Apabila ternampak Ramlah menolong Razali menyiapkan minit mesyuarat. Munir berasa amat jengkel lalu menyindir Ramlah dan Razali. Ramlah menengking mereka. Munir dan kawan-kawannya ketawa lalu beredar dari koperasi itu. Razali memberitahu Ramlah bahawa Munir dan rakan-rakannya cemburu akan dirinya. Cikgu Robeah yang mengetahui kejadian tersebut menasihati Razali supaya tidak mempedulikan sindiran Munir dan rakan-rakannya itu.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Sinopsis Keseluruhan (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Sinopsis Keseluruhan (Novel Tingkatan 1)

SINOPSIS KESELURUHAN : 

Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli pengarah sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Seorang pelajar lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh seorang ahli lemabga pengarah. Cikgu Zulkifli masuk ke koperasi itu dan memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada petang itu akan diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa Razali telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.

Munir berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai Penolong Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan kawan-kawannya, Leong dan Silvam, mula berdendam dengan Razali. Kemarahan Munir bertambah apabila seorang pelajar baharu sekolah mereka rapat dengan Razali. Di samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain cuba menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan dan untuk kebaikan murid-murid.

Sikap Munir yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah, mengganggu pelajar perempuan, dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu, iaitu Cikgu Muniam. Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir berjanji tidak akan berbuat demikian lagi. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut menyebabkan Munir menajdi lebih marah dan menuduh Razali yang mengadukan perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap sebagai penghalang hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi.

Petang itu, Razali dibelasah oleh Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee lan, dan Saridedevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian itu ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh Razali. Razali tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah tirinya. Ketika sampai di rumahnya, ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali menceritakan perlakuan Munir terhadapnya. Ayah tiri Razali ternampak akan keadaan Razali lantas menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang lain. Mak Sopiah mempertahankan anaknya. Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan Silvam dihukum rotan kerana membelasah Razali.

Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi bersama wakil koperasi-koperasi sekolah di Malaysia di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah membuka mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia. Selepas dia pulang dari kursus itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak mahu memberikan kerjasama dan memilih untuk bermain bola. Walau bagaimanapun, dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli untuk melakukan tugas. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia ternampak kunci koperasi itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir dan rakan-rakannya merancang sesuatu bagi membalas dendam terhadap Razali. Suatu malam, koperasi telah diceroboh masuk. Kesesokan harinya, apabila koperasi dibuka, Razali mendapati kedai semua barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 telah dicuri. Dia melaporkan kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat tetapi tiada kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali yang memecah masuk koperasi kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu menghalau Razali daripada rumah tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan Marzuki bahawa Koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya, pihak sekolah telah dapat menangkap pencurinya, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama nombornya dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang bertanda ‘K’. Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan meminta maaf kepada Razali dan keluarganya.

Keputusan pertandingan Koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat Johan. Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga dengan kejayaan mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan Pak Ramli, iaitu bapa kepada Ramlah. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau menjemput mreka ke bilik pejabatnya. Pak Ramli menceritakan hubungan mereka bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah dan ayah kandung kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu mencadangkan untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangkakan kejayaan koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Sipnosis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Sipnosis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 2)

Sipnosis Bab 10 :

Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Sipnosis Bab 11 :

Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan pemain.

Sipnosis Bab 12 :

Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar.  Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Sipnosis Bab 7, 8, 9 (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Sipnosis Bab 7, 8, 9 (Novel Tingkatan 2)

Sipnosis Bab 7 :

Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran.  Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.

Sipnosis Bab 8 :

Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan  pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.

Sipnosis Bab 9 :

Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM.  Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal  menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment