Soalan
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup.
………………………………………………………………………….
TUGASAN : Calon dapat memberi penjelasan berkaitan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup
Format : Tiada
………………………………………………………………………….
Cadangan Isi :
Isi 1 : Saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal –fizikal yang cergas menjaminkan mental yang cerdas serta emosi yang stabil –perlu menjauhi aktiviti yang tidak sihat seperti berlepak, berjaga malam –membendung emosi daripada mengalami tekanan dan kemurungan –emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan mental.
Isi 2: Saya perlu teliti tentang cara pemakanan yang sihat –pemakanan menjadi terminologi utama yang menentukan asas kesihatan –peka terhadap piramid makanan –pengambilan makanan yang berzat dan bukan mengambil makanan yang mengikut sedap –mengurangkan makanan bergula dan berlemak yang menjadi punca obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Isi 3: Saya harus mementingkan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual –riadah sebagai asbab menjaga pertumbuhan fizikal yang sihat –menyusun jadual yang terancang untuk berehat, beriadah, bersosial dan tidur.
Isi 4: Saya harus bijak bersosial dan berkawan –bersosial boleh meluaskan kontaks silaturahim, menjalinkan semangat setia kawan dan menstabilkan emosi –emosi yang stabil akan mempengaruhi minda yang waras serta mengawal tindakan yang bijaksana –perlu memilih kawan yang boleh menunjukkan jalan kebenaran kerana salah pilih terjadi kawan makan kawan
Isi 5: Saya hendaklah mendekati Allah –Allah Tuhan pencipta seluruh makhluk dan isi alam –Allah menguruskan jalan hidup manusia dan isi alam dengan sunnah-Nya –hendaklah patuh kepada ajaran agama seperti bersolat dan sebagainya –insan yang sentiasa patuh kepada ajaran Tuhan akan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat
………………………………………………………………………….
Ungkapan Menarik :
– Hadis Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit
– di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
– nasi sudah menjadi bubur
– jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya
– seseorang yang gagal merancang sebenarnya dia telah merancang untuk gagal
………………………………………………………………………….