Huraikan Faedah Memberi Sumbangan Kepada Negara-Negara Di Dunia Yang Ditimpa Bencana

Soalan :

Bencana alam sering berlaku di serata dunia. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam.

Huraikan faedah memberi sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.

…………………………………………………………………………………

TUGASAN     : Calon dapat menghurai faedah memberi sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.

Format          :  Tiada

…………………………………………………………………………………

Cadangan Isi :

  1. Dapat meringankan beban

Kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan – dengan bantuan yang diberikan mangsa dapat hidup sempurna seperti kita

  1. Membantu atas dasar kemanusiaan dapat memberi keinsafan

Perlu bersyukur dengan segala keselesaan – telah terselamat daripada bencana alam ini – mencari mangsa-mangsa yang tertimbus atau hilang – pasukan sukarela atau badan-badan bukan kerajaan turut memberikan bantuan – pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa

  1. Memastikan lebih banyak nyawa mampu diselamatkan

Pelbagai jenis penyakit akan merebak selepas bencana alam – bekalan air bersih akan terjejas – keadaan persekitaran akan kotor dan tercemar – doktor-doktor pakar dihantar untuk memberi rawatan terbaik kepada mangsa-mangsa bencana dan mendirikan pusar rawatan atau hospital sementara

  1. Dapat memberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan

Bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam – mereka menjadi trauma- Sokongan yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban – dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.

  1. Membantu menggerakkan sektor ekonomi yang lumpuh semula

Bantuan membina prasarana dan infrastruktur yang rosak semula – sekolah, hospital, klinik, jalan raya – Kerajaan menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama ahli perniagaan tempatan untuk menghidupkan semula aktiviti ekonomi yang sudah lumpuh di kawasan bencana itu – memastikan masa depan penduduk terbabit bertambah baik.

…………………………………………………………………………………

Ungkapan Menarik :

  1. enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
  2. buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
  3. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
  4. muafakat membawa berkat
  5. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
  6. cubit paha kiri, paha kanan sakit juga
  7. ibarat hulurkan tangan, ringankan beban

…………………………………………………………………………………

This entry was posted in Karangan. Bookmark the permalink.

Leave a comment